Saturday 6 September 2014

Kenapa Mesti Simpan Emas??

EMAS adalah logam yang amat bernilai...malah syurga juga turut dihiasi dengan EMAS...boleh dikatakan dari dulu hingga kini pun manusia terus melombong LOGAM EMAS ini, kenapa???

EMAS adalah PENARIK KEKAYAAN @ LAMBANG KEKAYAAN kepada si pemiliknya termasuklah sesebuah Negara itu...logam perhiasan yang paling mewah pun adalah EMAS...

saya yakin semua orang tahu betapa bernilainya EMAS...
tapi sayangnya masih ada @ ramai yang tidak tahu betapa pentingnya EMAS kepada umat manusia sekarang...
di zaman Rasulullah s.a.w. EMAS digunakan untuk berjual beli malah nak dijadikan contoh, nilai seekor kambing di zaman Rasulullah s.a.w. bernilai 1 DINAR dan hari ini juga nilainya tetap 1 DINAR...LOGAM yang tiada susut nilai...
sudah cukup membuktikan bahawa EMAS adalah MATAWANG SEBENAR di dunia...

sedar akan hakikat ini, POWERGOLD.BIZ telah hasilkan BAR EMAS 999.9 dari sekecil 1 gram...turut disediakan, PELUANG janaan pendapatan lagi...modalnya rendah, EMASnya pun murah...in syaa Allah semua orang pun MAMPU MULAKANNYA...

Berminat utk sertai kami di Powergold
Sms/Whatsapp Hasrini 0193572824

Wednesday 3 September 2014

KENAPA PELABURAN EMAS PALING BERBALOI

30 kelebihan melabur didalam emas adalah:
  1. Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
  2. Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa
  3. Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
  4. Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam
  5. Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu
  6. Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh
  7. Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008) 
  8. Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan
  9. Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
  10. Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar
  11. Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu
  12. Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
  13. Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
  14. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga
  15. Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan
  16. Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar
  17. Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan
  18. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam
  19. Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes
  20. Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan
  21. Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka
  22. Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual
  23. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
  24. Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas
  25. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
  26. Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
  27. Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi
  28. Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka
  29. Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas
  30. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru
  31. HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi..
Jadi, tu sedikit sebanyak kelebihan emas...bagi sesiapa yang masih xtau kelebihan emas fizikal, ni adalah jawapannya..banyak lagi...bergantung pada individu...

Tuesday 2 September 2014

TIPS MUDAH MENGENALI EMAS PALSU......

1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu

2. Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut(untuk emas 999)

3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu. 

4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah (maaf saya tak dapat cari untuk sertakan disini) seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.

7. Jika anda tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stand for Gold Platted. 

8. Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yang terhasil, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning. 

...9. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif

10. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (dockers pun boleh, semua la) sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi, bau ikan), emas tidak mempunyai bau (saya ulang sekali lagi) 

11. Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.

12. Jika anda pernah menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta anda. (kami tidak bertanggungjawab jika gigi anda patah.)

13. Bagi mereka yang bersifat sentimental, ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen. Saya pernah berjumpa dengan pelabur emas yang membeli jongkong emas kerana ingin merasai kenikmatan memegang dan menyimpan emas tulen.

Baby Carrier

ERGO CARRIER

Assalammualaikum..ada produk br msk kedai mummy adamhanis ni..boleh tgk2 dulu yg bkenan.tapi jgn lupa order kt mummy yea.





PURPLE







GREY STARS



PINK




GREEN




BLACK STARS


MAROON


SANGARIA




ZEBRA




Features:
• Padded shoulder and waist straps distribute baby’s weight between the shoulders and the hips
• Correct ergonomic seated position
• Can be used in the front, back, and hip carry positions
• Carries babies from infancy (7 lbs. with Infant Insert Heart2Heart™ up to 4-5 months or 12 lbs) to 45lbs/20kgs (safety certification: ASTM and JPMA).
• CPSIA compliant
• One-inch, high density foam in shoulder straps
• Quarter-inch high density EVA foam in waist belt
• Custom high-test buckles
• Premium quality webbing, coordinates with Carrier
• Reinforced stitching used at all fabric intersections
• Interior interfacing reinforcements at critical intersections
• Machine washable: Cold with mild detergent on gentle cycle. Dry on delicate cycle and remove when seams are still damp. Air dry.



HARGA

SEMENANJUNG - GDEX XPRESS
RM130

SABAH / SARAWAK
RM140

Berminat??
Sms/Whatsapp/Call 0193572824 Rinie

LAMPU TIDUR KANAK-KANAK

HOT ITEM!!



PEACEFUL BEAR


PINK LADYBIRD



RAINBOW UNICORN



ZIPPITTY ZEBRA


JUST SQUEEZE

AUTOMATIC SHUT OFF TIMER

3 SOOTHING COLORS : AMBER, BLUE & GREEN




HARGA RM35
POS RM6 SM / RM9 SS

Berminat??
Call/Sms/Whatsapp 0193572824 (Rinie)

Saturday 30 August 2014

TIPS SIMPAN EMAS

Kesilapan dalam memulakan simpanan emas

Thursday 28 August 2014

BLOUSE MUSLIMAH & JUBAH NURSING!!

Yeay!! Ada stok baru lg bulan ni. Boleh cuci mata lg. Jom2 shopping























Nak order?
Call/Sms/Whatsapp: 0193572824 Hasrini
Email: hasriniawlia@yahoo.com
Fb page: Arelia Online Shops

Sunday 24 August 2014

EMAS 1G PERCUMA??

Produk : GOLD BAR !! - Ya.. Ketul Emas

Bisnes Terbaik Untuk Anda. Produk Yang Semua Orang Mahukan. Pasti tidak akan merugikan anda. 

Modal? Terpulang kepada kemampuan anda:

[ Pakej 1: RM380.00 ] - Dapat 1g emas 999 + RM500 profit sharing yang akan diberikan sedikit demi sedikit.

[ Pakej 2: RM1,900.00 ] - Dapat 5g emas 999 + RM500 profit sharing yang akan diberikan sedikit demi sedikit.

[ Pakej 3: RM3,800.00 ] - Dapat 10g emas 999 + RM1,500 profit sharing yang akan diberikan sedikit demi sedikit.

JIKA anda aktif, kongsikan peluang ini kepada rakan-rakan:

Bonus Penajaan: RM40 hingga RM400 SEHARI (berdasarkan modal ahli)
Bonus Pairing: RM450 hingga RM2,100 SEHARI (berdasarkan keaktifan ahli)

Tak suka berniaga, tak berapa rajin, tak pandai cari orang?? Tak mengapa.. DUDUK DIAM DIAM.. simpan sahaja emas tersebut... tahunan harga emas akan naik 25%... dan tunggu profit sharing..

Apa lagi kelebihan program ini? Anda boleh membeli emas dengan lebih murah dengan syarikat kami.

PENTINGNYA EMAS

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS ?
Sunnah Yang Dilupakan – Matawang Sunnah
Mengapa anda perlu menukar wang kertas kepada emas (dinar)
1) Tiada susut nilai dan inflasi. Zaman nabi kita s.a.w kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM480 lebih kurang 1 dinar=4.25g
Setiap hari susut nilai. Satu ketika dahulu, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100000 rupiah=RM35 dulu mahal lagi.

2) Bernilai kerana ia logam.

Dipernilai kerana ia kertas yang dicop sahaja. Jika anda ada kuasa, anda pun boleh cop.

3) Laku satu dunia setiap masa. Orang kemboja yang hijrah ke Malaysia kini kaya raya di kelantan menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.

Laku waktu aman je..contoh depan mata ialah Iraq,Selepas kejatuhan Saddam,dinar iraq terus tidak bernilai.

4) Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai.

Kalau anda menabung bentuk duit, nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda penat2 menyimpanng tak berkesudahan….

5) Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.

Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit 100 200. Jangan malukan diri anda lagi.

6) Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.

Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab,beli alat pertahanan tapi sekarang,semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas..tak lama lagi akan down..

7) Layak kena zakat. Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g /setengah dinar.

Khilaf ulamak. Ada kata kena ada kata tak.(rujuk kitab risalah imam shafie). petikannya; tidak harus dikiaskan emas dan perak dengan duit ringgit(wang kertas) pada wajib zakat. 3 mazhab lain wajib zakat. Mazhab Shafie tak wajib..anda nak bayar juga, suka hati koranglah tapi taqlid mazhab selain shafie lah, kang tak pasai2 duit habis, amalan tak sah.

8) Keunikan yang ada pada umat islam tapi tidak digunakan.

Alat barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak,senjata,teknologi dan sebagainya.

9) Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai.Rujuk http://www.kitco.com/

Susut nilai setahun 37% . bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%.tapi kita tak nampak..kita nampak kertas aku makin banyak.

10) Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga.

Alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda jika 100 000 anda di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit anda jadi 100 je..tak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan.. dan boleh dimanipulasikan..

Mengapa Kita Perlu Simpan Emas

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan

kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan
tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa
menjejaskan nilainya.

5. Ia sukar diperoleh

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang

4. Aset yang terunggul
Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia
juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan
di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009


Emas dalam Al-Quran


Surah Ali Imran, ayat 75 menyebutkan: “Dan antara ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harga sekali pun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar saja dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.”

(p/s ; dinar sebagai simpanan)

Sesungguhnya orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emassepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. [Ali Imran: 91]

(p/s; emas sebagai harta / kekayaan)

Dan kaum Nabi Musa, sesudah dia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): “Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman.” [al-A'raaf: 148]

(p/s: emas sebagai perhiasan)

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [At-Taubah: ayat 34 - 35]

(p/s: emas sebagai simpanan / wang)

Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya.” Katakanlah (wahai Muhammad):” Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul? [Surah Al-Isra': ayat 93]

(p/s: emas sebagai hiasan)

Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya. [Surah Al-Kahfi: ayat 31]

(p/s emas sebagai hiasan/ kemewahan)

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera. [Surah al-Hajj: ayat 23]

(p/s emas sebagai ganjaran besar)

(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga “Adn”, yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. [Surah Faatir: ayat 33]

“(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?” [Surah az-Zukhruf: ayat 53]

(p/s emas sebagai penanda/ status)

Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): “Kamu adalah tetap kekal di dalamnya”. [Surah: ayat 71]

dari emas terkumpul banyak manfaat;
1. sebagai simpanan
2.sebagai mata wang universal
3.sejenis pelaburan yang berkembang (sebab itu kena zakat)
4.nilai kekayaan dan kemewahan
5.sebagai perhiasan yang disukai manusia
6.salah satu bentuk2 ni’mat yang akan diperolehi manusia di syurga
7.sebagai bentuk ganjaran dari Allah
8 salah satu cara azab di neraka (bagi yang tak bayar zakat)